Tuesday, December 14, 2010

iskkk....iskkkk



ni la roti puri.....
seakan2 roti arab ja...
tapi bila kita buat....naik cantik bulatttt...
dan...bila makan....krup krap....macam biskut..
silap percaturan la kot...hehehehe
tak pa len kali buat lagi....peaceee...
resepinya di sini...ambik dari myresepi....

Bahan-bahan ( dapat ler dlm 20 biji )
4 cawan tepung gandum
5 s/b marjerin atau kalau suka bole campur
dgn minyak sapi(3s/b marjerin +2s/b minyak sapi)
1 s/b susu manis (tak letak pun ok)
11/2 s/k baking powder
1 s/k garam
Air secukupnya
Cara-cara
1.Satukan tepung dgn baking powder dan garam
2.Masukkan marjerin gaulkan sehingga sekata..
3.Masukkan susu yg dicampur sedikit air..kemudian masukkan air sedikit demi sedikit..uli sehingga menjadi doh yg tak melekat di jari.
4.bahagikan doh kecil-kecil sebesar 50 sen..akhir sekali canaikan doh..jgn terlalu tebal atau nipis...kemudian goreng..

senangkan....tapi bila kita wat x senang nak jadi laaaa...ahuhuhuhu

PENGANTIN - 21/11/2010


kenduri belah pengantin perempuan...14/11/2010

yang ni sebelah lelaki...

PERMATA HATI....

Bila sebut semua orang tau....
anak2 la apa lagi....
nak cerita pasai puteru yang sorang ni....
dalam diam-diam membanggakan mama dan ayahnya....
jeng...jeng...jeng...

dapat jadi tokoh sekolah laaa....

senyummmmm.....

Monday, December 13, 2010

BULAN MUHARAM


Abul-Laits Asssamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibnu Abbas r.a berkata:  Nabi SAW.  bersabda yang bermaksud;
Barangsiapa yang berpuasa pada hari Assyuuraa' yakni 10 Muharram,  maka Allah akan memberikan kepadanya pahala 10,000 malaikat;  dan barangsiapa yang puasa pada hari Assyuuraa',  maka akan diberikan pahala 10, 000 orang Haji dan Umrah,  dan 10, 000 orang mati syahid;  dan siapa yang mengusap kepala anak yatim pada hari Assyuuraa',  maka Allah akan menaikkan dengan rambut satu darjat.  Dan barangsiapa yang memberi buka puasa orang mukmin yang berpuasa pada hari Assyuuraa',  maka seoleh-oleh memberi buka puasa semua umat Muhammad SAW. dan mengenyangkan perut mereka.

Sahabat bertanya;  Ya,  Rasulullah,  Allah telah melebihkan hari Assyuuraa' dari lain-lain hari.
Jawab Rasulullah:  Benar!.
Allah telah menjadikan langit dan bumi pada hari Assyuuraa',
dan menjadikan Adam juga Hawa pada hari Assyuuraa';
dan menjadikan Syurga serta memasukkan Adam di syurga pada hari Assyuuraa';
dan Allah menyelamatkan dari api neraka pada hari Assyuuraa';
dan menenggelamkan Fir'aun pada hari Assyuuraa';
dan menyembuhkan bala Nabi Ayyub pada hari Assyuuraa'
dan Allah memberi taubat kepada Adam pada hari Assyuuraa';
dan diampunkan dosa Nabi Daud pada hari Assyuuraa';
dan juga kembalinya kerajaan Nabi Sulaiman pada hari Assyuuraa';
dan akan terjadi Qiyamat pada hari Assyuuraa'

Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Ikrimah berkata;
Hari Assyuuraa' ialah hari diterimanya taubatnya Nabi Adam. 
Dan ia pula hari turunnya Nabi Nuh dari perahunya.  Maka ia berpuasa syukur; 
dan ia pula hari tenggelamnya Fir'aun dan terbelahnya laut bagi Nabi Musa a.s. dan Bani Israil. 
Maka mereka berpuasa;  kerana itu jika dapat;  engkau berpuasalah pada  hari Assyuuraa'.

Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Muhammad bin Maisarah berkata;
Bahawa siapa yang melapangkan pada keluarganya pada hari Assyuuraa',  maka Allah akan meluaskan rezekinya sepanjang tahun itu.
Sufyan berkata.  Telah kami cuba,  maka rasakan kebenarannya.

Said bin Jubair dari Ibn Abbas r.a. berkata;
Ketika Nabi SAW. baru hijrah ke Madinah,  mendapatkan kaum Yahudi puasa pada hari Assyuuraa';  maka tanya kepada mereka tentang itu.  Jawab mereka;  "Hari itu Allah memenangkan Nabi Musa a.s.  dari Bani Israil terhadap Fir'aun dan kaumnya.  Maka kami puasa kerana mengagungkan hari ini".  Maka sabda Nabi SAW.;  "Kami lebih layak mengikuti jejak Musa dari kamu".  maka Nabi SAW.  menyuruh sahabat supaya berpuasa.

Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w.  bersabda, "Seutama-utama puasa sesudah puasa bulan Ramadan ialah puasa bulan Muharram dan seutama-utama solat sesudah solat fardu ialah solat malam". (Sahih Muslim)

Abu Musa Al Madani meriwayatkan dari Ibnu Umar r.a.; "Barangsiapa yang  berpuasa pada hari Asyura adalah seperti berpuasa setahun dan siapa yang bersedekah  pada hari Asyura adalah bagiku bersedekah setahun." (Riwayat Albazzar)

Dari Abu Qatadah Al-Anshari r.a. katanya Rasulullah s.a.w. ditanya orang tentang puasa hari arafah. Jawab baginda, "Semoga dapat menghapus dosa tahun yang lalu dan yang akan datang". Kemudian Nabi ditanya pula tentang  puasa hari asyura. Jawab baginda, "semoga dapat menghapus dosa tahun yang lalu".(Sahih Muslim)

Dari Aisyah r.a. katanya "Biasanya orang Quraisy pada masa jahiliah berpuasa pada hari asyura dan Nabi s.a.w. pun berpuasa. Ketika Baginda tiba di Madinah, Baginda juga berpuasa pada hari asyura dan menyuruh orang lain berpuasa juga". (SahihMuslim)

Dari Ibnu Abbas r.a. katanya, ketika Nabi s.a.w. tiba di Madinah, Baginda melihat orang yahudi berpuasa pada hari asyura. Nabi pun bertanya, "Hari apa ini ?". Jawab mereka, "Hari ini ialah hari yang baik. Pada hari ini Allah melepaskan Bani Israil dari musuh mereka, kerana itu Nabi Musa
berpuasa kerananya". Sabda Nabi, "Aku lebih berhak daripada kamu dengan Musa". Oleh itu Nabi berpuasa dan menyuruh orang lain berpuasa pada hari asyura.(Sahih Bukhari)

Rasulullah s.a.w. bersabda;
"Berpuasa kamu pada hari ke sembilan dan sepuluh Muharam  dan jangan meniru cara orang-orang Yahudi." - Riwayat Al Baihaqi

Berkata para ulama' salaf, 14 malam yang afdhal dihidupkan:
  
- Malam Awal Muharram
-    Malam 10 Muharram
-    Malam Awal Rejab
-    Malam 15 Rejab
-    Malam 27 Rejab
-    Malam 15 Sya'ban
-    Malam Arafah
-    Malam dua hari raya (Malam 1 Syawal dan Malam 10 Zulhijjah)
-    Malam-malam ganjil pada 10 hari akhir Ramadhan (21, 23, 25, 27, 29)

Amalan-amalan yang disunatkan pada malam tersebut:
a) Qiamullail - Solat Tahajjud
- Solat Hajat
- Solat Sunat Taubat
b) Membaca Al-Quran
c) Zikir


Bersabda Rasulullah s.a.w.: "Sesiapa yang berpuasa sehari dalam bulan Muharram maka baginya menyamai 30 hari berpuasa."
"Sesiapa yang berpuasa pada 10 Muharram maka ALLAH anugerahkan pahala 10 ribu ibadah para Malaikat, dan dikurniakan pahala 10 ribu syuhada' (mati syahid), dan dikurniakan pahala 10 ribu pahala Haji dan Umrah"
"Sesiapa yang melapangkan kesempitan keluarganya pada 10 Muharram maka ALLAH melapangkan kesempitannya sepanjang tahun tersebut."
"Seafdhal-afdhal puasa selepas puasa Ramadhan ialah puasa dalam bulan  Muharram dan seafdhal-afdhal solat selepas solat fardhu ialah solat pada 1/3 malam 10 Muharram"

Bertanya para sahabat : "Wahai Rasulullah ! Apakah kelebihan 10  Muharram berbanding dengan hari-hari yang lain ?"  Sabdanya :

ALLAH menciptakan langit, bintang dan sebagainya pada 10 Muharram
ALLAH menciptakan gunung-ganang pada 10 Muharram
Diciptakan lautan pada 10 Muharram
Diciptakan Qalam (pena untuk menulis amal manusia) pada 10 Muharram
Diciptakan papan tulis (Luh Mahfuz) pada 10 Muharram
Diciptakan Adam a.s. pada 10 Muharram
Dimasukkan Adam a.s. ke dalam syurga pada 10 Muharram
Dilahirkan Ibrahim a.s. pada 10 Muharram
Diselamatkan Ibrahim a.s. dari api Namrud pada 10 Muharram
Diselamatkan anaknya Ismail a.s. dari sembelihan pada 10 Muharram
Ditenggelamkan Fir'aun pada 10 Muharram
Diampunkan dosa Daud a.s. pada 10 Muharram
Dilahirkan Isa a.s. pada 10 Muharram
Dikeluarkan Idris a.s. daripada perut ikan Nun pada 10 Muharram
Disembuhkan penyakit Ayub a.s. pada 10 Muharram
Diangkat Isa a.s. ke langit pada 10 Muharram
Diterima taubat Adam a.s. pada 10 Muharram
Dianugerahkan tahta kerajaan kepada Sulaiman a.s. pada 10 Muharram
Diciptakan Arasy pada 10 Muharram
Awal-awal hujan yang turun dari langit pada 10 Muharram
Awal-awal rahmat diturunkan pada 10 Muharram
Diselamatkan bahtera Nuh a.s. daripada tenggelam pada 10 Muharram

Abul Laits berkata;
Dinamakan  Assyuuraa' kerana ia jatuh pada sepuluh bulan Muharram.  Ada lain pendapat yang mengatakan hari Assyuuraa' kerana Allah telah memuliakan pada Nabi-nabi dengan sepuluh kehormatan;
1.  Allah telah menerima taubat Nabi Adam a.s.
2.  Allah menaikkan darjat Nabi Idris a.s.
3.  Hari berlabuhnya perahu Nabi Nuh a.s.
4.  Nabi Ibrahim a.s dilahirkan pada hari Assyuuraa' dan diangkatkan
sebagai kholilulLah juga diselamatkan dari api.
5.  Allah menerima taubat Nabi Daud a.s.
6.  Allah mengangkat Nabi Isa a.s. ke langit
7.  Allah menyelamatkan Nabi Musa a.s.
8.  Allah menenggelamkan Fir'aun
9.  Allah mengeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan
10.  Allah mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman a.s.

FUHHHH.....

Tajuk ja fuhhh....tp bukan fuhh yang si awal tu dok gosip tau...
tapiiii....dok hambus....abuk2 n sawang2 yang dah penuh nii...
kira apa kan....kita punya rumah.....
ada cerita.....kita tulis...x da cerita...
kita dok liam2....hehehehe.....
tapi hari2 ada cerita....cuma x dan nak tulis....
tak dan nak upload gambar2 terkini ja.....

mula2 nak masuk gambar raya dulu....
kita x da yee...maklum la..jd camera woman
dah sah2 x da punya....
cuma gambar2 si comel yang sangat2 riang rianya...